Mar 22, 2013

Rasa dihati


Salam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Semua orang mahu sampai ke sini - yakinlah jika ada rasa dihati, masanya akan tiba. InsyaAllah.

Seorang kawan menangis nangis apabila terpandang kaabah didalam TV, mahu sangat pergi, perancangan awal dibuat- agency dicontact, ustaz dicari untuk bertanya cost itu ini, almost selesai suami kata nanti dulu, we need to re plan. Ramai kawan menukar plan tahun ini kerana peraturan baru Arab Saudi yang menghendaki mahram ada bersama untuk semua perempuan berumur 40 tahun ke bawah. Ada perancangan yang tertunda, ada tempat yang bertukar kepada ipar duai- yang pastinya masa mereka mereka belum sampai untuk berada disini untuk pertama kalinya. Kerana bila masa itu sampai, it will happen no matter what.

Yang sudah datang kadang tiada rasa untuk kembali- that was what I felt before - I will not come back until haj. Tiada perancangan untuk haj ketika itu, semua orang ada account tabung haji, but not me- hanya cakap cakap kosong- satu hari nanti. Now that feelings scare me - Saya takut saya tiada rasa- untuk datang lagi.

Ramai yang menyatakan rindu melalui gambar gambar yang saya post di IG- rindu setengah mati katanya - biar lah rindu menghiris jiwa dari tiada rasa. Saya rela mati menanggung rindu.

Sometimes it is hard to explain kepada yang belum ke sini and tiada lagi perancangan untuk ke sini atau tiada rasa untuk ke sini- hard to make them understand. Asyik g umrah ja, bila hajinya- kan dah pergi, nak pergi lagi? apa yang bestnya?

Haji, seperti juga umrah hanya Allah yang tahu bila.Kami tiada perancangan untuk membawa anak anak tahun ini, tetapi Allah memanggil mereka. Dan kami juga tiada perancangan untuk ke Mekah dalam masa secepat ini, but Allah the greatest. Maybe dia tahu kami perlu datang lagi untuk menguatkan jiwa. Umrah saya kira undangan kecil, yet Haji adalah undangan besar Allah.
Budget perlu dicukupkan and even setelah cukup, kena menerima jemputan besar dari Allah. Bila ye, bak kata Mak kepada guru mengaji Iman Masjid, "kalau Allah panggil, tiada duit juga sampai tuk, insyaAllah" , doa lagi kepada Allah. Imam tua dan miskin kampung itu menangis bila mak cakap nak ke Mekah, Mak cakap, kita pun tak cukup duit tuk, tapi Alhamdulillah rezeki.
My friend's parents dapat pergi fee- tidak disangka sangka ada saudara terdekat mahu menangung segala cost- Allahuakbar - benar skali jemputan itu datang dari Allah dipermudahkan melalu hamba hambanya. Bila masa itu sampai, it will happen.

These days, saya memandang "umrah" sebagai bercuti dari hiruk pikuk dunia - menunggu waktu solat dari satu waktu ke waktu- aktiviti diantaranya hanya lah selitan selitan but bukan sesuatu yang penting dan utama. Untuk dua minggu kepala bercuti dari memikirkan masalah kerja and segala keserabutan. Lebih lebih lagi bila pergi bersama sekeluarga, tiada siapa dibelakang yang ditinggalkan- tiada phone call untuk sesiapa. Aman nya hidup.Like it is even ok if we die there - together.

Ya bercuti bukan sekadar bercuti- dugaan untuk istiqomah dan menjadi lebih baik adalah sangat penting setelah post umrah- Again jihad diri perlu diteruskan - kemenangan (if any) tidak mudah but mengaku kalah tidak sama sekali.

Jadi jika saya mampu saya mahu menjadikan satu percutian yang berulang ulang- dua minggu untuk betul betul melihat diri dan membersihkan jiwa supaya balik menjadi kuat semula mengharungi dunia. Kenapa tidak? jika ada rezeki, kenapa tidak?

Ya Allah jemput kami untuk haji-jemput kami supaya yang satu ini kami sempurnakan terlebih dahulu, jika masih perlu menunggu jemputanMu Allah, benarkan kami datang lagi berulang ulang untuk umrah.Murahkan rezeki kami, panjangkan umur kami, sihatkan tubuh badan kami sementara kami menunggu.

1 comment:

Anonymous said...

setiap kali baca entry akak mengenai haji umrah...hati ni jadi terlalu sayu dan hiba...bilakan agaknya jemputan buat saya...suami dan anak....In Shaa Allah...
-ely-

Share/Bookmark
Blog Widget by LinkWithin