Showing posts with label My Recipes. Show all posts
Showing posts with label My Recipes. Show all posts

Oct 8, 2011

Terangkat punya

Salam
Sweet sour makan bubur nasi semalam. Saya makan bubur nasi hari ini. But bubur nasi saya bersup .

Alkisahnya, last Saturday saya telah makan sup yang rasanya lain dari yang lain dan sangat terangkat dimakan bersama mee hoon or bubuq nasi.

Dan saya pun mencuba. Percubaan pertama kurang rasa dari yang jiran tu punya but it s almost there. Dan percubaan kedua dan ketiga. Dengan ayam, dengan daging, dengan tulang , dengan gigihnya saya mencuba untuk mendapat combination rempah sup and rempah kurma yang sama rasa. Yes she did tell me but periuk dia dan periuk saya tak sama besar.






Sharing her recipe here.
Bawang besar, bawang putih,
serai ketuk, halia ketuk,
bunga lawang, cengkih, pelaga, kayu manis,
daun pandan,
adabi rempah sup serbuk and rempah kurma (sama banyak).

Tumis semua bahan, dah bau wangi semua, angkat dan tuang dalam rebusan ayam or tulang. Cook till boil

Lajat bangat with bubur nasi and telur asin and bawang goreng. Walla. Confirm every day makan bubur:)





Dari sup utara yang saya selalu
masak tanpa pandan, serai dan rempah kurma dah jadi rasa cam sup mamak la pulak rasanya

- Served using BlogPress from my iPhone; Ermayum

Apr 24, 2011

Bola bola kentang

Salam Sunday :)

I made begedil breakfast today. Tidak disangka sangka begitu senang dan sodap menjilat jari :)

I buat banyak so besok besok
boleh goreng lagi. The girls love it. And healthy lah sikitkan dari nugget beliankan. The other day I nampak di Afc channel, prawn ball buat macam ni juga cuma dia replace kentang dengan prawn ja.




Nak resipi ke ? but mesti you all tau macam mana buatkan :), shame on me sebab baru sekarang tau. Kalau tak, mesti dah lama I berhenti beli nugget, hash brown and ikan, sotong balls. (kononnya buat homemade sokmo lah kan, macam lah rajin hehe). Taupun sebab my office mate bawak masa berjaya pot ituhari,bila dah sedap, sibuklah tanya resipi :)

>Rebus kentang and lepas tu hancurkan
>Separately tumbuk sedikit bawak kecik, bawang putih n kiub ayam 1
> Potong lumat daun sup n daun bawang
> Mix all, tambah lada sulah and sedikit garam
> Bentukkan bulat leper
> Celup dalam telur pukul and deep fried. Kalau nak sihat skit letak sikit olive oil dalam pan and stir fry.





Then makan cicah sos linggam or Thai sauce





Till later :)
ps: resipi from dear Maris

- Served using BlogPress from my iPhone; Ermayum

Apr 5, 2011

Idaman Perut


Salam

A few days ago my aunt gave me jering tua. Punyala seronok sebab susah nak cari jering tua dimana mana (yang ada cuma yang muda - ranggup dibuat ulam but saya tak suka :)). Dapat dapat ja jering, I dream of masak lemak jering cili padi - just like my dad used to cook for me.

So Saturday beriya lah rebus jering but when I masuk kitchen tengah hari nak memasak, tengok dah masak dah. I said, "apa ni Jenny? Jering ke, uwaaa pesal ko masak macam ni, kan akak kata nak masak sendiri?. Jenny pun mulalah "err errr", tersengih sengih hehe (hmm nak kena dia ni tak dengar ke orang cakap tadi, berangan lah tu ish :)). Rasa sungguh frust lah sebab Jenny memandai mandai masak masakan jering ala padang ni. Oklah not that masakan dia terrible (thanks to me yang jadi pengajar tetap and pengkritik tegar hehe, her cooking is edible lah). But the fact that I want to eat another type of jering dish and not this one. "Nak jugak nak jugak" , hati (serentak dengan perut dan tekak juga :)) menjerit jerit

So I said, "Jenny ni ko makan lah". Rebus balance jering tu semua, akak nak masak gak style akak. So dengan bersungguh sungguh I tunggu jering direbus,  satu jam kena rebus tu, walau perut dah lapar kebulur.


Walla, jadi juga akhirnya walau tak sesedap my dad buat. Oh my I miss his cooking. :(
Recipe dan cara buat from my previous post here

Apr 2, 2011

Oren Manis Apakah Dia

Salam Saturday yang ceria
Mendung disini , hari yang mendung dijiwa lara as well  hehehe

Stress free k, no need with that now,  let's me show you this

Ambil sebijik betik, belah dua- tahukah anda betik bila masuk perut ada sama effect as terung? Apakah itu? Nanti dia akan buat kita "membuang dengan sangat sangat smooth" :)- So siapa siapa yang ada sembelit sila makan sebelah bijik tu sehari-  I tell you power rangers :) kekeke best hahaha. Ni la ubat sembelit paling mujarab masa I pregnant.

Err let sambung cerita ni .....:)

Then guna scoop kecik, korek and korek isi dia and asing kan. Dalam bekas lain, diddihkan agar agar, macam biasa lah ye, letaklah air, santan, gula, ikutla tekak masing masing


Then tuang semua tu balik dalam betik tadi. Biarkan until sejuk and agar agar keras 


Tadaaaaaaaaa ni lah dia kuih misteri yang menjadi pujaan ramai di hari tahlil my dad and my mum 2 weeks ago. Adik, makcik, kakak, abang dan anda semua tertanya apa kah itu :). Yang dah gigit sikit, gulp "eh rasa betiklah macam mana buat ni" they all tanya. So kerana semua orang curious, I pun telah mengorder lagi sekali dari my dear friend sister dengan instruction, "err tolong ambil gambar step by step ye"  sebab actually nya bila dia terang macam mana buat, I cannot imagine it so tak reti nak buat heheh. Bila dah tengok alahai sonangnya . Senang kan ?




So weekend ni try la eh - Have a great weekend semua :). See you when I see you :D

ps: 
thanks Qaseh SMA -yang sangat baik hati - pic and recipe (kecuali 2 gambar last tu dari camera phone saya ye :)) are credit to her . Ahmoi office and budak budak sini kata sedap bangat. GM pun sempat rasa :)

Jan 3, 2011

Pie Biskut a.k.a Malay Lasagna

Salam semua (tak tahulah satu hari berapa kali salam Da - sementara momentum ada jangan mare and jangan jemu k, I stop posting tomorrow :))

Today I make what my next desk :) neighbor in my office call Lasagna Melayu - I would say pastry Melayu lagi accurate kot sebab rasa dia cam sheperds pie you (version Melayu) :). Alkisahnya, one fine morning, she brought and share this with us. I said, pandai eh ko buat lasagna and dia gelak gelak saying "hmm but aku tak guna lasagna kering tu, dah setahun dalam cabinet". I was like "hmm? then ni apa,  ko kata lasagna? sodap ni, ajar lah camna buat" and dia continue gelak gelak sebab dia kata malu :D

But biasalah kan, saya ini insistent, terkeluar gak rahsia nya. I dont know if you all know about this but I tak pernah dengar lagi biskut jagung leh buat kek (biskut mary adalah yang buat kek batik tu kan).
So I was kind of terperanjat badak gak lah - serius ni biskut  jagung ni ? why rasa cam tepung uli ja?

Anyway - this thing should be baked. But I dont have oven but since I teringin sangat nak makan benda ni, I belasah ja microwave. So the texture not nice sebab tak properly bake

The ingredient and cara nak buat simple sangat

1) Biskut Jagung
2) Fresh Milk/Low Fat ke apa ke
3) Minced beef/ satu tin sardin  (I guna sardin)
4)Serbuk Kari, Daun Curry, Sedikit cili boh
5) 2, 3 biji bawang kecil, dimayang untuk tumis
6) Sedikit mentega -sapu atas baking pan

Ok memula settlekan isi dia
>tumis bawang, daun kari, rempah kari, dah naik bau masukkan beef or sardin tu, goreng rata sampai masak (sebab I guna sardin - so I hancur hancurkan isi dia masa goreng tu) - bila dah well cooked, put aside

>Then rendam biskut satu, satu dalam fresh milk - dah lembik - letak dalam loyang nak bakar tu
Letak 2 , 3  lapis bagus sebab ni nak jadi tapak

ni tak cukup lembik tau - lembik lagi ye


Then letak atas lapisan pertama isi sardin/daging kari tadi





Ulang lapis sardin and biskut selang seli- ikutla berapa lapis nak

Bake for 30 minutes at 200 F
I microwave ikut belasah ja - 10 kali buka pintu microwave tengok dah masak ke belum


Selamat mencuba :D
Tak rasa biskut langsung (I tak rendam betul betul so nampak lagi bentuk biskut, patut rendam bagi betul - betul kembang tau) -rasanya  cam pastry sardin. Sodap my children love it sekejab ja dah licin.

ps: recipe is from Eca.
Posted by Picasa

Aug 28, 2010

Mari Masak and Makan

daging dendeng pujaan hatiku

Last two week, I bought daging dendeng from my office mate (bulan puasa bukan sahaja kawan kawan jual kuih raya but jual juadah buka puasa sekali :)) - sungguhla sedap dan lazat - I tak pernah masak but I know it so well sebab daging dendeng is one of the dishes on my wedding day :) - kononnya so nostalgic la kan, hehe.

Then lady littler parlor masak the same dish and zarin sweet sour posted this on her periuk belanga - and I said "eh naper lain ja daging dendeng they all ni kan - not like the version yang I suka heheh" - So bertanya punya tanya kat office - this girl yang jual ni cakap " ha memang ada a few versions"  and yang goreng ngan cili kasar - kasar tu kononnya version jawa. Iya ke?,  my Hub said cam version minang ja - macam paru goreng sambal, like Zarin said.

So yesterday, I dengan semangatnya beli daging satu kilo and tried this dish as per my friend's recipe - walau dia jual but tak kedekut nak share recipe - kalau masak sendiri banyak la sikit kan kalau beli tu sedikit la walau the same harga ,buat sendiri but of course la kan, orang nya labor kita kena ambil kira- sendiri nya labor FOC :)

When I looked at the recipe and actually cooked it - hmm sama macam masak kicap ja huh? cuma cara style dia tu lain skit, and ada air asam jawa and kena kacau sampai kering

So my friend version macam ni la
bahan bahannya

>1 kilo daging rebus sekejab then potong nipis sequare macam dinding rumah :)
>bawang merah 3, 4 biji sederhana besar, bawang putih a few cloves and  halia mesin - agak agakla sebab nak buat sambal kan
> cili kering blend
>kicap
>air asam jawa
>gula, gula merah, garam

Cara cara
> goreng daging yang dipotong tu separuh masak. then tumbuk rata bagi lembut penyek but tak hancur ya macam tumbuk jering rebus tu :D
>tumis bawang merah, putih and halia - naik bau masuk cili- lepas cili garing masuk kicap and air asam jawa- garam, gula and gula merah- agak agak da sebati masuk daging yang digoreng and ditumbuk tadi- kacau dan kacau sampai pekat - bila mula mula masuk tu nampak macam masak kicap sebab berkuah but it is supposed to be pekat so kacau jala macam kacau rendang iya - penat wei mengacau :D

dah siap sedap dimakan with nasi panas :) - lagi kering lagi boleh simpan lama :)

and untuk jamuan mata, saya nak letak la sotong sumbat yang saya buat last week sekali and gulai ketam :)


resepinya saya google and improvise - dalam sotong tu ada pulut yang dah ditanak awal awal, ada isi ikan yang tak habis buat solok the week before and ada telur goreng omelet - then telur tu berlebih la pulak so saya campak dalam kuah tu la 

sumbat la semua kan kalau nak sumbat benda lain pun boleh  then cuuck lidi kat mulut dia bila da penuh kalau tak nanti dia terkeluar  (macam saya punya ni ada yang terkeluar sebab saya tak tutup hujung dia heheh) then nanti letak sotong semua dalam santan,campak daun limau purut potong cili padi kecik2 and kukus la iya nak masak atas dapur boleh jugak but saya suka kukus nanti santan dia tak la membuak buak :)


selamat berbuka semua :)

Jul 24, 2010

Pengat Durian Sweet Love


Sana sini durian tak habis lagi - sempena kemeriahan nya , today I cook bubur kacang durian for afternoon tea - tapi by the time my kacang hijau empuk  langit da cerah sudah menutupi siang yang ceria :) - so instead of makan petang jadi dessert dinner la iye

This is such a simple dish that I bet everybody knows how to prepare this sweet dessert-

Bahan bahan
Kacang hijau - direndam sejam dua bagi senang empuk
Gula Melaka
Gula Perang
Gula Putih
Santan
Daun Pandan 2 helai
Durian Manis
Sedikit garam - tak tau la why but my dad insist gak I masukkan- bukan ada rasa masin pun kan so what the point of letak garam hehe

semua bahan bahan masuk ikut suka - you want more love you make it sweeter k :D- but harga gula da naik so jimat jimat la heheh - harga gula naik sebab kerajaan nak rakyanya sihat shat sentiasa yang tak kena kencing manis kekekekek (gelak evil :D)

cara cara
boil kacang hijau sampai kembang and pecah
campak masuk daun pandan
masuk semua jenis gula
masuk santan
stir all the time la ye tak nak santan tu nanti pecah pecah
cook till boil
then lastly masuk durian - nak masuk awal pun boleh but I tak suka, nanti durian hancur /tak lawa :)

sedia dimakan - begitu saja or dicicah ngan roti gardenia  or leftover sejukkan dalam fridge - besok semua berebut nak :)

silakan amek berkat here :D

have a great weekend semua

Jul 18, 2010

Eggs Everyday

I come across this from a forwarded email - it has the whole thing baked in an oven. Too bad, I dont have one.

But I have creativity heheh - so I microwave it - and it is better. Why? because then the yolk is just mediumly cooked - just like me and Mr Hub love it - cair cair skit but not too cair and not totally keras.  So for the past 2 weeks, I have prepared this easy  breakfast for him for almost every day :) but with different seasoning lah .

And I can't wait to share it with you (walaupun maybe dah ramai yang tau - I ja yang ketinggalan :)) but Farah Y has it first on her blog yesterday - :) dia bakar dalam frying pan - Farah said it is called egg in the basket or egg in a frame - and it is in some kind of movie - she tried it right after she watched the movie .

I dont have the exact recipe but  I think you can just spread a bit off mayo, butter or  jam, or  sprinkle chili powder, herbs, pepper, cheese and anything at all on the bread  -  the original recipe has it that you cut a hole in  the middle of the bread but since I am too lazy to make a perfect hole- I just skip it entirely :) (punyala pemalas)

This is Mr Hub's version - a slice of bread, egg, cheese, chili powder and pepper - very cheesyyyyy :)


And my version is much simpler -a bread , a bit of butter and an egg - then letak cili sos and lipat dua -
sodapppppppp - this is a short cut I guess - sebab I selalu  toast the bread and then fry the egg then letak cili and makan :), the traditional way



Tengok yolk dia - just like I love it  :) - sapa yang belum cuba boleh cuba - Farah has her recipe here but like I said you can just do your own version, baked, pan fry or microwave :)

May 30, 2010

Jering Cili Padi Kasih Mesra

Ni yang I masak - a bit dry

Dulu I ada cook lemak jering cilipadi kan and now is the fried version. 3 weeks ago my dad borong jering kat pasar malam. Coincidentally, there were so many jering tua - selalu susah nak ada. So that very week, we cooked jering dish, gulai 2 kali and goreng 2 kali heheh. Need to drink extra a lot of water or your pee smell of jering :D
ni rupanya if ada yang tak kenal jering

Keluarkan jering dari kulit belah dua and goreng (if masak gulai kita boil kan).
Pisahkan lapisan luar jering and ambil bahagian keras ja and tumbuk jadi topi leper
Tumbuk cilipadi and bilis separa hancur
Sedikit minyak
Bawang Kecik sedikit or banyak untuk tumis.
Garam secukup rasa

Cara2
Panaskan minyak
Tumis bawang
Masukkan cili and bilis tumbuk  masak garing
Garam secukup rasa
Masukkan jering
Gaul Rata

This is  my dad's version - byk minyak skit :)

Silakan rasa sodap cam rasa potato ja :D
Makan dengan nasi panas bertemankan ikan masin - Syiokkkkk :)

Till later

Mar 16, 2010

Daging /Ayam Masak Kicap





A quite day today- some of my office mates are on leave -quite many empty parking spaces also. The road is clear this morning- That is a bliss of school holiday :). 

I can go to work at 740am and still reaching office a t 8.00 am.Normal days, I need to go out before 730 at the very least.   

It is queit also in the blogging world- all blogs on my must read list remain static:) hello friends where you guys? cuti cuti iya ? ok then enjoy k - I am not going anywehere - macam biasa la 

Boss will not be around till Thursday.
Slow motion mood ni buat I sedikit malas and otak sedikit karat jugak heheh. Apa yang I menceceh ni ?

I cooked  masak kicap this morning  for my children's lunch- my girls' favorite also -simple and easy

my version is
-shallot 3
-garlic hiris 3 cloves
- cili merah belah dua
-tomato buang isi - belah 4
-daging
-kicap manis (kipas udang semestinya)
-sedikit garam
-1-2 sudu besar cuka

tumins bawang  - stir sampai naik bau
masuk daging masak sampai daging keluar air and kecut - then masuk kicap sebanyak mana ikut suka (i suka kering sometime so i letak sikit)- masukkan cuka then last sekali masuk tomato or cili besar - just for some colors - masak till berminyak.

Feb 28, 2010

Kambing Rempah Bermadu Cinta

I seldom cook western food in my kitchen- ada la gak try buat spagetti (ni italian da ni bukan western heheh) but tidakla mendapat sambutan  - semua tekak melayu asli - tekak tempoyak and budu.

since the day when I ate lamb chop at Farah's house, I have wanted to try it but Farah's ones were more kebaratan as her husband used barbeque sauce and dia panggang dalam oven dia yang canggih tu -

so there was this one week that we ate lamb chop for dinner 4 days in a row (gilos). It was me that got excited and try to cook by trial and error as I did not really get the taste - Mr Hub commented that  I did not get it ( me ok he can tell me the truth hehehe jangan tak sedap pun cakap sedap) .


and mine is more Melayu and I cook it using frying pan ja - memang la nampak buruk but sedappppppppp :)- I think I got it right on the 3rd and 4th day.

yang brownish tu bukan minyak but madu

here is the simple recipe that I used

bahan bahan

bahan A
>lada hitam - i suka banyak
>ketumbar
>buah keras
semua tumbuk halus
>jintan manis

> daun kari - 2, 3 tangkai
>madu asli/amazing pun boleh :)

bersih kan lamb (i beli kat tesco ja or JJ)- tuang madu atas lamb rata kan biar melekit lekit tu then gaul sebati ngan bahan tumbuk and jintan manis - perap 2, 3 jam

panaskan pan- letak butter- dah panas skit masukkan daun kari - masukkan lamb tu api sederhana -

then makan pun cicah ngan madu - manis madu campur kepedasan lada hitam hmmmm sodap :) - berpeluh wei

ps:
apart from the lamb- rempah ratus and madu tu semua bahan power dengan kebaikan semulajadi

madu itu manis - manis tu CINTA :) (ceh sempat bermadah tu erma oiiiii)

saya cuma jadi penggemar kambing sejak 2,3 tahun ni- tidak tahula mengapa dulu semua kambing masuk mulut ja bau kambing - keluar balik but then I dont know whether I have got use to it (kesedapan more than kebusukkan kambing yang tak mandi tu) or kambing nowadays are more clean- still some time once a while i can still bau kambing - especially kambing fresh yang kena panggang sekor sekor - especially isi yang dekat dengan kulit - hmm eee tak sedap :)  bau kambing (hello what do you expect memang dia kambing apa bau dia la takkan bau ikan lak ) :0

till then TA

Jan 1, 2010

Chicken Rice Two Zero One Zero :)





Nama dish ni saja buat gempak new year  but yang penting it remains sodapp (puji diri sendiri hari pertama di tahun baru hehhe)- macam biasa la nasi ni senang ja mesti semua tau nak buatkan. Rebus ayam amek air dia (I letak halia and bawang besar sikit nak hilangkan hanyir ayam) - guna air tu instead of air biasa (tapis  ya, tak nak halia n bawang semua tu)- cara masak lebih kurang la macam nasi minyak for me. - butter ke majerin ke tumis bawang sikit, then campak nasi tuang air sup ayam - nak lemak leh lak letak susu sejat ke sikit , garam sikit- dah kering letak satu warna or 2,3 warna and gaul rata


Everybody's favorite mestila ayamnya- ayam yang direbus sekejab tadi (jangan lama-lama, nanti nak di goreng lagi) tu keringkan/toskan air dia- perap dgn kicap, sos tiram, sedikit cili boh, tepung, garam,bawang kecik tumbuk and ketumbar  tumbuk -then goreng api sederhana -










Tulang tulang yang tinggal dlm sup tu biarkan, masak balik campak bawang besar, bunga lawang, pelaga, kayu manis if suka (i tak suka letak kayu manis dalam sup)  - masuk kentang  if suka utk budak2- campak tomato kalau suka juga (bolehla ummi kutip semua tomato makan penuhkan perut so nanti Ummi tak la bedal nasi banyak sangat :)).


Salad tak yah masak :) siat siat ja


Cili hitam tu resipi my mum - better than Pak Mal Nasi Ayam Shah Alam nya cili hitam :) - tumbuh cilipadi, hancur, letak kicap, gula and garam and cuka/or perah limau kasuri sebiji- kalau nak tumbuk bawak sebiji dua sekali pun sedap - tumbuk hancur ya - jangan blend


Cili Merah ni biasala - garlic, cili merah besar, garam gula - tak yah campur cili padi la sebab cili hitam dah pedas - yang ni leh blend


Tadaaa- da siap

senang kan dish ni bebudak suka sangat ayam hitam tu sweet delicious- satu ekor pun tak cukup - biar terperap, masa nak makan ja goreng - so panas2 sodap


Silakan amek rasa skit each one of you - silakan :)

Dec 13, 2009

My Fav Dish No 3




This is no: 3 because my first and foremost favorite is tempoyak goreng udang cili padi and yang ke 2 is gulai jering cili padi.

Ramai tak makan ikan ni - but I suka :). Ikan sembilang a.k.a. ikan keli. (this ikan and ikan haruan are my fav - I could not differentiate the taste - dulu lagi teruk I thought they are all the same - ikan haruan is ikan keli until my hubby points out cuba tgk rupa ikan tu betul2. Sama tak? heheheh tak sama- one of them  ada janggut eh ke  misai hehehh)

The truth is I tak reti basuh ikan ni - I am scared bila dia hidup letak dalam baldi bertutup pun boleh melompat lagi. Then bila da mati kita pegang eee punyala berlendir. But whatever gross thing I feel- dissappear bila ia telah di  goreng dengan garingnya - sedap di buat goreng cili padi  or cili merah besar - cili should be tumbuk dengan batu lesung  and not blender for the maximum kelazatan.

Goreng ikan ni pulak very la tricky- minyak memercik2  silap2 haribulan kena muka wooo - nanti tak cantik hehehe. Kalu tutup tak garing - tak sedap la pulak. My mum was brutal, goreng cam tu ja and ada gak la yang kena muka. If I were the one who does the frying, I will use tudung periuk as my armour  :).

Until recently, we were having dinner at my auntie's house and she cooked this in. She said after gaul with kunyit and garam- balik balikkan atas tepung (skit ja tepung- just  for thin lapisan)- balikkan depan balikkan belakang then goreng. TADA - da tak mercik walaupun api besar.

This is also my girls fav- they can just eat it like that. hmm yummy :)



PS: tumis bawang -  i suka byk bawang- goreng cili sampai garing - tuang air skit - goreng rata then tuang atas ikan or masukkan ikan dalam kuali and gaul rata. Yang I buat ni a bit dry (letak minyak sikit- sparingly but if nak berminyak letak minyak lebih sikit lagi sedap heheeh). If you mesin cili padi it will be moist la coz cili mesin byk air. Either way  is delicous if cili masak betul.

Dec 4, 2009

My girls' favorite dish

Udang Berkuah Kunyit


Simple yet delicious. There was 1 day when I cooked  the dish  in my  MIL's house and all my  SILs  asked how did I cook this. So yummy. What did you put, they asked. I said, nothing - goreng ja cam biasa with kunyit. Then how come ada kuah ni. And I said, letakla air " hehehe . But the taste is just membuka selera.And It takes you 2 minutes only. Cepat dimasak cepat dimakan :)




Gaul udang with kunyit serbuk banyak2
Tumis bawang besar, bawang putih.
Letak udang, stir well then letak air and sedikit garam . Tada da siap

PS: oo yg hijau kekecik tu terung pipit - I saja ja letak - sedap dibuat sambal tumis. Sometimes I campak cili besar gak for some colours - cilinya I will eat- udangnya the girls will settle kan,

Nov 21, 2009

Lontong




Bahan2 untuk lemak sayur/lodeh:

1)Kacang panjang potong serong halus (I malas selalu potong kasar :))
2)Tauhu - potong dadu (I suka besar2-potong 4 bahagian)
3)Tempe potong dadu sama saiz ngan tauhu
4)Suhoon
5)Fucuk
6) Santan dari sebiji kelapa
7)Bawang kecik 4 biji- mayang halus
8)Bawang putih 3 clove ricih halus
9)kunyit hidup setengah ibu jari tumbuk (or kunyit serbuk)
10) sedikit ikan bilis as rencah or udang hidup (lagi sodap if ada udang)

Cara buat:
Panaskan periuk tuang santan cair, masukkan semua bahan (if ada udang masukkan last sekali)  - stir well da separuh masak masukkan santan pekat masak sehingga mendidih, garam secukup rasa and ready to serve.




Bahan2 untuk sambal- boleh guna sambal tumis ikan bilis if nak or for simpility boleh la buat sambal goreng ni
1)Bawang kecik 6,7 biji mesin
2) Segenggam ikan bilis mesin or tumbuk
3)Cili kering mesin or cili boh - 2 senduk kecil
4)Belacan - setengah ibu jari
5)Secawan minyak masak
Panaskan minyak. Tumis bawang, ikan bilis and belacan, da naik bau masukkan sambal and goreng sampai masak and berminyak.

Nov 14, 2009

Masak Lemak Cili Padi Jering


Salam,

Today I cook (eer actually my father :))-Not that I don't know how but I asked Sifu because it is his specialty.  

Gulai Jering - I think few people can eat this dish. I am not fond of jering as ulam (ehewww kelat and pahit) as compared to petai. I love petai as ulam but not when it is cooked -in sambal tumis for example.

Anyway- try this , jering in this gulai taste like potato - lemak ja tak rasa cam jering langsung- soft and gebu ja heheh

Tapi kena gunakan jering tua. Seriously, I can not diffentiate jering tua dan muda - they look the same tapi yg tua saiznya sedikit besar. So if I see jering at night market- I will ask, "bang ni tua ke muda?". Dan kalau ia sememangnya jering tua, saya akan beli sebab susah betul sebenarnya nak dapat org jual yg tua.

Bahan- bahan

1) 2 biji bawak kecik
2) Sedikit ikan bilis
3)Sedikit cili padi
1-3 di tumbuk (tak payah hancur sgt)
 4)Sebiji kelapa untuk santan
5) Jering tua
6) Sedikit garam

Kopek jering buang kulit kerasnya and rebus jering sampai empuk. Keluarkan dari periuk basuh dgn air sejuk, buang kulit luar yg menyelaputi jering and belah dua.








Tumbuk setiap satu (sebelah) dgn lesung batu supaya dia jadi leper cam topi. Tumbuk pelan2, 2, 3 ketuk ja takut hancur lak kalau terlebih tumbuk

Sementara tu panaskan periuk. Letak bahan tumbuk and letak santan. Masukkan jering, kacau sehingga mendidih.

Sedia untk dihidang- Sedap makan dgn nasi panas ditemani ikan masin. :)

PS: sedap - lemak ja cam kentang masak kari heheh, satu pesanan orang tua. Jangan ratah jering ni - mesti makan berteman nasi or roti - because jering ni bergetah kalau ratah ja dia boleh perangkap kencing (terkunci) nanti tak leh pee lak. But so far alhamdullilah saya tak pernah kena walau sedap saya makan banyak (tu yg makan nasi terlebih tu heheh)
Share/Bookmark
Blog Widget by LinkWithin