Dec 25, 2010

Sudah Tertulis

Salam weekend semua :). 
Terlepas tazkirah Jumaat lah pulak heheh. Better late than never (ceh:))


Somebody forward me this email before and today a friend shares this on my fb . I love it - it is so calming:)


Taken from here 
Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan
dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…


KENAPA AKU DIUJI?“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”-Surah Al-Imran ayat 200
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12



Sharing is love :D
Happy weekend semua


ps: yang merah merah tu selalu  gak bertanya kat diri sendiri :)

4 comments:

zarin said...

slalu gak tanya pd diri sendiri part bold hitam n merah tu

sisdee said...

actually 3 pkara yg wajib wujud dlm diri....ikhlas..sbr...redha...apapn masalah atau pbuatan kita lakukan msti ikhlas....apapn masalah yg ditempuh mesti sbr...dan redha apapn keputusan yg dperoleh....cnth : bkerja..adakah ikhlas kerana Allah..? Kdg2 kita tlupa smua 2 kn..dulu i pn cm2...keje krana gji tinggi...x pnh puas (ni cnth le) hehe..apapn happy holiday(chrismast) to u...this is very gd to share ;)

maya amir said...

i penah dpt tazkirah ni & i luv it..kene benti merungut2..azam tahun baru nih:)

LadyInAyu said...

lumrah manusia kan, ada je bnda yg x smpurna..yeah, nk kena train diri utk jd sebaik nya..

Share/Bookmark
Blog Widget by LinkWithin