Salam
Being ditanah haram ini sangat menginsafkan. Semua manusia sujud pada Allah dalam bermacam keadaan. Ada yang berdiri selang rakaat, ada yang berkerusi roda semua rakaat, ada yang berlunjur kaki, ada yang mengheret tongkat dan kerusi lipat, kejab duduk kejab berdiri, ada yang cuma solat duduk sebab tak muat untuk sujud (sebab last minutes ada orang buat saf baru didepan kita, saya terkena sekali, so duduklah antara dua sujud macam tu), ada yang solat ditangga menghadap kawasan tawaf- bila semua perempuan dihalau kebelakang :), ada yang mengendong anak di belakang badan (sangat comel baby African tu, sangat chubby and sangat nyenyak tidur), ada yang mengikat kaki anak ke kaki ibu (ooh comel bangat baby Arab ). Jadi soalannya pada diri sendiri :) , kenapa masih kadang kadang malas nak bersolat, bila demam pening sikit, tak larat solat? Kenapa ye? Untuk saya tanya diri sendiri :).
![]() |
| letak disini besar kemungkinan akan hilang :), bersangka baik sahaja, maybe orang tersalah ambil kan :( |
Manusia disini sama. Semua datang kemasjid hanya memegang beg kecil dan plastic slipar. Slipar murah boleh hilang, begitu juga slipar mahal. Saya hilang sekali :), hub hilang sekali :), Sai pecah rekod hilang 3 kali:). Kami kami saja malas, sudah ada plastic pun tak nak bawak masuk ke dalam. So sudahnya, balik berkaki ayam sahaja :), jumpa kedai belilah slipar jepun, or kasut sarung SR10.
![]() |
| Suka masuk ikut pintu ni - ladies only |
Sangat mudah juga mengambil air solat tanpa membazir disini. Hanya sebotol spray or segelas air diperlukan. Air zam zam pulak tu. Ratakan saja dengan yakin. Kenapa saya masih suka sangat membazir air dan benda benda lain ye? (untuk diri sendiri jawab gak:)).
Semua datang mencari keampunan dan keredhaaan Allah. Tak perlu tahan diri untuk menangis, memang air mata akan keluar, tak payah self-consious sebab orang lain keliling kaabah menangis juga. Masing masing khyusuk berbicara dengan Allah. Mohon diampunkan, mohon diperkenankan, mohon dimudahkan urusan dunia (yang tidak habis habis) dan merayu dengan lebih lebih lagi untuk perlindungan di hari akhirat.
Take a moment and look around, rasa sungguh kerdil dan kecil, nothing else is important here- even the world that we live in.






3 comments:
Bila kat sana, tak pikir benda lain kan. Dlm otak hanya ingat Allah je & hati nak buat ibadat je.
sgt menginsaf kan saya bila baca entry ni...thanks akak....
Eda,
Had I not seen the Kaabah or perform the Umrah, I will consider your post is the best ever to describe this holy journey. It is amazing how you narrated this.
Post a Comment