Oct 24, 2012
Hari Arafah
salam
Google untuk diri sendiri and sharing here,
Banyak kelebihan dan keutamaan yang wajar direbut sepanjang hari wukuf ni samada kita adalah jemaah haji atau bakal jemaah haji atau pun bekas jemaah haji.Mengikut kedudukan diri kita ditahap mana,wajar untuk kita tidak melepaskan hari wukuf ini berlalu begitu saja kerana kita tak pasti apakah kita akan ketemu lagi hari wukuf di tahun mendatang.
Jom kita buat semakan skit bilakah bermulanya hari wukuf atau 9hb. Zulhijjah 1433 nih mengikut kedudukan Tanah Suci Mekah.3 hari saja lagi!
Seperti yang kita sedia maklum permulaan hari dalam Islam adalah masuknya waktu Maghrib dan waktu di Tanah Suci Mekah LEWAT 5 jam dari waktu di Malaysia.Ketika ini jam 7.15 pagi 08.10.2012/22 Zulkaedah 1433 di Malaysia dan waktu di Tanah Suci Mekah ialah 2.15 pagi 08.10.2012/22 Zulhijjah 1433
Bilakah bermulanya Hari Wukuf 9 Zulhijjah 1433 @ 25 Oktober,2012 (Khamis)?
Ini adalah waktu-waktu solat di Tanah Suci Mekah
Zohor - 12.09 ptg (Mekah) / 5.09 ptg (Malaysia)
Asar - 3.32 ptg (Mekah) / 8.32 mlm (Malaysia)
Maghrib - 6.04 mlm (Mekah) / 11.04 mlm (Malaysia)
Isya - 7.34 mlm (Mekah) / 12.34 pagi (Malaysia)
Subuh - 4.59 pagi (Mekah) / 9.59 pagi (Malaysia)
Kesimpulan :
1. Hari Wukuf bermula 6.04 mlm 9 Zulhijjah 1433 bersamaan jam 11.04 mlm 25.10.2012
2. Kemuncak hari/waktu Wukuf bermula dari jam 3.32 ptg (25.10.2012) hingga 6.04 mlm (25.10.2012) - waktu yang sema dengannya di Malaysia ialah jam 8.32 malam (25.10.2012) hingga jam 11.04 malam (25.10.2012)
Gunakanlah masa dengan amalan ibadah sebaik yang mampu mengisi masa di nombor 1 dan semaksima yang terdaya memenuhi masa di nombor 2.
Insha Allah! Rebutlah keredhaan dan janji Allah SWT kerana semasa Allah SWT mencipta manusia,Allah SWT telah berjanji dengan ZatNya bahawa akan mendahulukan kasih sayang Nya bila berurusan dengan manusia.
from here
Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah, "Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya". (Hadis Muslim).
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan.
Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda, "Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Sahabat bertanya, "Adakah itu termasuk juga berjihad pada jalan Allah?". Jawab Baginda, "Tidak termasuk berjihad pada jalan Allah melainkan orang yang keluar dengan seluruh jiwa raganya dan tidak membawa pulang apa-apa pun". (Hadis Bukhari)
Dalam hadis lain, Rasulullah juga bersabda, " Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid". (Hadis Ahmad). Pada hari Arafah, setiap jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia akan melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia padang dengan bahang terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.
Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
from here
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
As salam Kak, I think ada error sikit on the date given...sepatutnya in Oct la kan..which is tommorrow...
2. Kemuncak hari/waktu Wukuf bermula dari jam 3.32 ptg (25.10.2012) hingga 6.04 mlm (25.11.2012) - waktu yang sema dengannya di Malaysia ialah jam 8.32 malam (25.11.2012) hingga jam 11.04 malam (25.11.2012)
*should be 25.10.2012*
yes I think so - tersilap la kot author awal tu
Post a Comment