Nov 19, 2009

Doa for all

I love this post- would like to share with you.
This is for me and for you - Amin 




Thursday, 12 November 2009

DZAT YANG MAHA MENGETAHUI

Salam Sahabat-sahabat yang dimuliakan,


Ini du'a ku, ini du'a ku untuk ibu bapa ku, ini du'a untuk adik-adikku, ini du'a untuk kamu. Kerana kamu, kamu sangat berharga dalam hidup gue.


____________________________________________________________________




Wahai ALLAH,


sesungguh nya aku memohon KeampunanMU dari segala dosa-dosa yang kerna dosa itu bererti aku mengkhianati amanahku sendiri


atau aku menipu diriku dalam dosa-dosa itu


atau aku mendahulukan kesenang-senangan dalam dosa itu


atau aku kerjakan demi orang lain,


atau aku sesatkan orang yang mengikuti dalam dosa,


atau aku menang dalam dosa kerna kelebihanku dalam berusaha, dikernakan aku terhalang dariMU dalam dosa wahai Tuhanku,


maka Engkau tidak Memberi kemenangan kepadaku untuk mengalahkan perbuatanku,


sekira nya Engkau, Maha Suci Tuhanku tidak Menyukai terhadap kemaksiatanku yang telah mendahului dalam pilihanku dan di dalam pelaksanaan kemahuanku dan pilihanku,


maka Engkau Sayangi aku sehingga tidak Kau terjerumuskan aku dalam pilihanku secara paksa dan tidak Menghantarkanku dalam satu keterpaksaan.


Serta Engkau tidak Menganiayakan aku sedikit pun. Aku memohon KeampunanMU wahai yang Maha Penyayang.


Wahai Temanku ketika susah,


wahai Penenangku ketika aku sendiri,


wahai Penjagaanku dalam keni`matanku,


wahai Penghilang kesusahanku,


wahai Dzat yang Mendengarkan doaku,


whai Dzat yang Mengasihani cucuran air-mataku,


wahai Dzat Pengampun kesalahanku,


wahai Dzat yang patut menjadi Tuhanku,


wahai Tiangku yang kukuh,


wahai Tetanggaku yang terdekat,


wahai Junjunganku yang Belas Kasihan,


wahai Tuhan Ka`bah yang lama.


Keluarkan aku dari persekitaran yang sempit pada jalan yang luas,


dengan jalan keluar dariMU yang kuat dan kukuh,


hilangkanlah dariku segala kesengsaraan dan kesempitan,


cukupkanlah diriku dari keburukkan dan yang menyakitkan,


yang aku mampu ataupun tidak.


Wahai ALLAH, hilangkanlah dariku segala kesusahan dan yang menyedihkan,


keluarkan aku dari kesusahan,


wahai Dzat yang Menghilangkan kesedihan,


wahai Dzat yang Menurunkan rintahan hujan,


wahai Dzat yang Mengkabulkan doa nya orang yang didalam keadaan yang rumit,


wahai Dzat yang Maha Penyayang dunia dan akhirat


dan yang Mengasihani di dunia dan akhirat,


limpahkanlah Selawat kepada orang pilihanMU dari makhlukMU, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan keluarga Baginda yang baik, yang suci.


Hilangkanlah dariku sesuatu yang menyempitkan hatiku dan menghilang kesabaranku bersama hal tersebut dan sedikit usahaku,


lemah sudah kekuatanku, wahai Dzat yang Menghilangkan segala bahaya dan malapetaka,


wahai yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang rahsia dan yang samar,


wahai yang paling Belas Kasihan.


Aku serahkan segala urusanku kepada ALLAH.


Sesungguh nya ALLAH Dzat yang Maha Mengetahui hamba-hambaNYA,


tiada yang Memberi Taufiq padaku kecuali ALLAH.


Hanya kepada ALLAH aku berserah dan DIA adalah Tuhan nya `Arsy yang Agung."


- * Musnad al-Imam `Ali ibn Abi Thalib كرم الله وجهه. Istighfar ini juga termaktub didalam kitab "Bintang Indah Cemerlang".


Ditiru bulat-bulat dari Ukhti27. Semoga berman'afaat. Salam Sayang.
ps: taken from http://bluetulipprincess.blogspot.com/2009/11/dzat-yang-maha-mengetahui.html

2 comments:

Lady of Leisure said...

thanks for sharing..

Azmiezas said...

Amin..Amin..Amin..

Share/Bookmark
Blog Widget by LinkWithin