Keratan kuliah dari Universiti MKI
Saya menunaikan fardhu haji ketika usia belum mencecah 30 tahun. Alhamdulillah – dengan izin Allah – berkat sokongan dan bantuan dari ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai membolehkan saya sampai di Mekah dan Madinah. Anak muda, pergi dalam kesusahan bukan dalam kemewahan.
Saya menunaikan haji Ifrad, bermaksud saya perlu memakai ihram dalam tempoh yang agak lama. Hampir dua minggu. Saya berjaya melepasinya tanpa masalah besar.
Saya selalu bercerita dengan Prof MKI tentang beberapa doa bersungguh yang saya minta semasa di Tanah Suci. Ia permintaan anak muda. Pertama, saya mahu jadi jutawan. Kedua, saya mahu Jaguar. Ketiga, dengan kekayaan saya mahu menghantar orang menunaikan fardhu haji.
Ia kelihatan kelakar. Nampak sungguh ia permintaan yang bersifat duniawi. Namun itulah yang terdetik dan lahir daripada hati seorang anak muda. Tiga tahun kemudian, Allah makbulkan kesemua permohonan tersebut.
Allah Maha Mendengar. Rupanya, Allah tidak kisah. Apa sahaja yang kita mohon ia boleh dimakbulkan.
Tahun 2007, Allah mempertemukan saya dengan Prof MKI yang sedang menulis buku haji. Saya tidak tahu apa tema sebenar yang ditulis oleh beliau. Pada suatu hari ketika kami sedang bermain golf di KLGCC – saya bercerita tentang permintaan haji yang dimakbul Allah – beliau bertanya dan berkata,
"Dato', tahun ini Dato' tidak usah menghantar orang menunaikan fardhu haji. Duit itu Dato' beli buku saya dan kita bagi percuma kepada orang yang belum menunaikan fadhu haji. Jika mereka tergerak hati untuk pergi, kira seolah-olah Dato' menghantar mereka ke Mekah dan Madinah. Boleh Dato'?".
Gerak hati dari Allah SWT. Saya setuju. Saya mengharapkan bonus dari Allah seandainya ada yang menunaikan haji selepas membaca buku ini. Kami telah mengedar hampir 600 buah buku secara percuma ketika hari pelancaran. Buku tersebut mendapat sambutan hangat dan dicari orang. Permintaan berganda.
Saya pernah mendapat e-mel mengucapkan terima kasih dan bercerita yang beliau telah mengeluarkan kesemua wang di dalam bank dan dipindahkan ke dalam akaun Tabung Haji. Ramai yang takut untuk menunaikan fardhu haji mulai jadi berani apabila membaca buku ini.
Sekali lagi saya melihat bagaimana mudahnya Allah memberikan taufik dan hidayah kepada hambaNya. Kali ini ia melalui buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Saya teruja kerana sedikit sebanyak telah terlibat dalam usaha-usaha dakwah yang tidak akan berakhir. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Masa beredar. Dahulu, saya berdoa terutamanya di Tanah Suci yang hanya bersifat keduniaan untuk mengejar akhirat. Kini, saya berdoa supaya saya dapat mengejar akhirat untuk mendapatkan dunia. Berfikirlah selepas siswa-siswi meninggalkan dewan kuliah.
Prof MKI telah berpesan, sampaikan syarahan yang ringkas tetapi berkesan lagi signifikan. Saya akur.
Jumpa lagi dalam kuliah seterusnya.
Semoga ada manfaatnya.

2 comments:
LIKE!
A good article utk muhasabah diri. Thanks for sharing dearie ;)
Post a Comment