![]() |
| Instagram - original photo by one of my sisters -JJ who also went for Umrah. This is her first view. We bumped into each other twice - at Saei and at shopping complex |
Last Day,
A few faces and voices and incidents that will be remembered. Kemas dalam ingatan tersimpan rapi. Moga diulang ulang dalam lipatan memori untuk mengubat rindu sebelum datang lagi.
1) Tergiang giang doa ustaz didewan makan di Hotel Mekah. Suara yang mendayu dayu, yang sebak, yang membuat yang mendengar doa yang dibacakan menangis. Bait bait doa yang sengaja dibaca dalam bahasa Melayu (untuk difahami saya kira) yang sungguh ikhlas yang kena pada setiap diri. Saya tidak tahu siapa namanya ustaz itu.
2) Mutawif kami-Imam. Masih muda. 24 tahun baru umurnya. Penjelasannya jelas. Lawaknya kelakar and sangat helpful. Dia tersilap mengetuai bas kami dari sejak di Jeddah. On 2nd day, mutawif sebenar yang ditugaskan bersama kami datang. Me and hub (and also Sai :) prefer him :), so we always asked him, boleh tak join bas ustaz. Sekolah pondok di Indonesia and menyambung pelajaran selama 3 tahun di Mekah. Imam juga yang menemankan hub ke hospital. I asked hub, "boleh buat menantu tak dia ni? :D.
3) Zalina yang baik hati. Hub salah makan hari ke 2 di Madinah, sebu perut and hala ke malam dia start rasa nak muntah2 (pregnant ke bang? :)). It was almost maghrib time. I looked around for any Mutawiff but nobody was around. Mahu tanya macam mana nak pergi clinic. Ketuk bilik sebelah, kak Lina buka pintu. Saya tanya "ada nombor mutawif tak?" She helped to call a few people sampai dapat nombor Mutawif and even follow through and make sure memang ada yang turn up lepas maghrib untuk bawa hub ke clinic. Saya sangat berterima kasih. Budi yang kecil besar nilainya dan hanya Allah yang boleh membalasnya (sebab macam mana saya balaspun, tidak akan setimpal).
4) An Indonesian lady who gave me her space for me to pray in Raudah. Sebaik saya jejak karpet hijau, saya ditarik ke depan "sini sini ambil tempat saya, solat disini". Dalam keadaan keliling bersesak sesak dan tolak menolak, dia bukan saja memberi ruang tetapi mengepung dan menahan orang dari merempuh saya atau melangkah saya while I prayed. Saya sangat sangat tersentuh dan sangat sangat terharu. Menangis saya. Saya peluk dia dan ucap tq. Dia kemudian menarik kami keluar. Sekali lagi kami berpelukan sebelum terpisah.Moga Allah melapangkan dan memudahkan segalanya bagi dia. Hanya itu doa saya.
5)The peacefulness of both Tanah Haram. Saya mahu datang lagi. Saya mahu datang selalu. Terfikir sekali, saya sanggup menjadi pembersih di Masjidil Haram :). One day maybe bila tiada yang mermerlukan saya lagi. Begitu aman rasa hati di tempat ini, mahu lari kesini selalu. For now, hanya boleh lari dalam mimpi.
6) Suara imam ketika khutbah jumaat di Masjidil. Antara doa dan khutbah yang tidak saya fahami, tiba tiba imam sebak dan menangis. Saya tersentuh hanya kerana suara yang merintih dan air mata saya tumpas juga. Semestinya beliau merayu rayu untuk kami semua.
7) Nenek Arab yang hilang arah. The felt of her lips on my cheek sungguh sejuk terasa ke tulang pipi (jika pipi bertulang :))
8) A beautiful rainy day di Mekah and d amazing feeling that it brought upon me. Allah's gift of moment, presenting me with such experience. Priceless.
9) Keajaiban Tanah Haram. Doa dan yakin. Yakin hanya pada Allah dalam segala perkara. Dan sepatutnya menjadi asas hidup. Easier said than done.
10) Pengalaman mendaki Gunung Cahaya. To imagine how it was climbed up more than thousand years ago by junjungan besar - tempat kecik yang serba kekurangan sebagai tempat persembunyian dan bersendiri. Perjuangan besar yang tidak terbayang susah dan payahnya .
10) Sedikit kesedihan dalam hati yang paling dalam kerana saya tidak bermimpi mak dan ayah saya di Tanah Haram- tidak juga nampak sesiapa seiras mereka, tidak juga serasa nampak mereka sekali pandang. Saya kira mereka yang mendapat peluang sebegitu sangat sangat bertuah. Bukan rezeki saya, saya kira. And how I miss them.
This is the last of C series. TQ, kerana berkongsi rasa bersama saya.Should I continue blogging? :D or you have enough of eRmAyUm? :)


6 comments:
Last year in May, I berdoa depan kaabah, di raudhah for another child. Now tak sampai setahun after that, the baby is in my arm. Alhamdulillah, syukur dgn nikmatnya. How I miss everything kat sana..
seronoknya baca...nak baca lagi n3 kat bawah tu...
Continue blogging please.
It was really nice to read ur journey on Mekah and Madinah because it really brought back lots of wonderful memories when I went there for my umrah 5 yrs ago :-) Alhamdulillah.
Sama-sama kita doa agar kita boleh pergi sana selalu selalu. Amin....
Assalamualaikum Kak Ermayum,
Membaca cerita akak, buatkan air mata saya bergenang. Ke mana saja pergi, tak sempurna jika tak sampai ke Tanah Suci. Saya berdoa agar kami juga berpeluang menjejak kaki ke sana suatu hari. Amin.
salam kak ermayum, khamis ni bonda mertua akan menunaikan umrah ditemani salah sorg cucunya, doakan perjalanan mereka ye.. bila agaknya masa untuk saya ke sana..? mbaca cerita2 & melihat foto2 kak ermayum semakin menguatkankan keinginan untuk menjejak kaki ke sana.. smoga akan tiba masanya, insyaallah~
Post a Comment